Thursday 26 January 2012

tak tahu nak cakap apa .

Assalamualaikum wbt .. 

Update semasa kaum adam sedang beramai-ramai menuju ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab yang telah terikat antara mereka dan Yang Maha Besar. Walaupun sedikit kesal ada juga yang tidak ke masjid bahkan melepak disebelah kedai aku (kat pondok adik beradik aku) Sangat memalukan bila yang mana rambut hampir merubah ke warna putih keseluruhannya .. Bila mana usia mereka yang hampir sama dengan ibu bapa kita. Nauzubillah jika ibu bapa kita bersikap demikian. 

Sebenarnya dah lama nak diceritakan hal-hal sebegini. Tapi tak tahu kemana dan dimana mahu diluahkan. Walaupun diri kita tak sempurna , kadang- kala lima waktu tak mencukupi dengan terlewat pula , tapi sebagai muslim semua tahu solat jumaat itu wajib ke atas setiap laki-laki yang waras dan sihat tubuh badan. Dan mereka mengapa?

Sedang jari jemari aku asyik leka menaip terus-terusan , hati berbicara sendiri . Berfikirlah secara positive. Tak baik macam ini. Bersangka baiklah kamu... Dan aku hanya seorang hamba yang ingin merungkai segala yang ada didepan mata. 

Mintak jauh ahli keluarga aku tergolong antara mereka - mereka ini. Dosa pahala kemana .  Cukuplah . Aku tak terbayang lagi dah.


No comments: