Thursday 4 August 2011

pena menari meluah kata

assalamualaikum ...

Baru harini nampaknya berkesempatan meluangkan masa disamping blog .. Untuk kesekian kalinya masih dalam kesibukkan walaupun dalam bulan yang mulia ni , bulan ramadhan .

Alkisahnya , ada seorang budak perempuan yang masih lagi menyandang title student . Dia anak sulung dalam keluarganya , merantau jauh dari keluarga . Mencari hidayah dan keredhaan dalam kehidupan disamping mahu berjaya . Seorang yang sangat berahsia tentang segala yang berkaitan dengan perasaan . Mempunyai keluarga yang sangat penyayang , dan mengambil berat . 

Ramadhan datang lagi . Sekali lagi dia perlu menghadapi ramadhan tanpa keluarga tercinta. Bertambah sedihnya bila ramadhan kali ini bertambah jauh dari family dan tidak berkesempatan berpuasa bersama keluarga . Dan bertambah lagi pilu bila dia pulang beraya dimalam raya . Berkemungkinan besar . 

Berat mata memandang berat lagi hati yang memikul . Tapi tidak kelihatan kesedihan yang melanda dirinya kerana dia menyifatkan semua ini adalah dugaan dan kekuatan dari Penciptanya .. 

Biasa kedengaran , hidup ini memerlukan pengorbanan , dan kita juga sebenarnya adalah satu pengorbanan .


saya tak bangun sahur harini = kerugian sangat..
cikyana@wmz/bulanpuasa.