Saturday 7 January 2012

buat baik berpada-pada

assalamualaikum wbt ....

Kata pepatah , orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa . Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Tapi kita hanyalah manusia biasa yang sering alpa . Bila dikenang balik ayat buat baik berpada-pada tu , aku teringat seorang kawan yang pernah ku tolong semasa dia kesusahan. Masa tu dia nak final exam dan dipanggil pihak kolej sebab tak langsaikan lagi pembayaran untuk paper final dia. Okey dipendekkan cerita dia call aku then nak pinjam duit untuk bayar papaer dia. Kalau tak bayar jugak sebelum exam memang confirm2 dia kena bar dari final.

Sebagai seorang kawan , aku cuba penuhi juga walaupun jumlah yang dia pinjam tu bukan sekadar puluh ringgit. Aku rasa kalau mintak orang lain mintak maaf la jangan harap nak bagi pinjam. Even cousin aku sendiri cakap yang dia takkan bagi orang pinjam duit banyak sampai macam tu sekali. Aku percayakan dia sebab tu aku bagi dia guna duit aku dulu. Okey lepas tu senyap sebab dia sibuk ngan exam dan aku sibuk ngan praktikal.

Dalam sedar tak sedar , antara ingat dan tak , aku perasan dah setahun lebih dia pinjam duit aku tak pulang2kan balik. What is wrong with u babe ? Masa nak pinjam beria berjanji bagai bila nak pulang ? Apa kes kawan .. Aku pun nak guna duit. Actually aku harap aku masih boleh bersabar dgn sorang kawan ni. 

Bila call , tak angkat. Bila mesej tak berbalas. Masa pinjam manis mulut dari gula. From now on aku dah mula muak dengan perangai dia. Paling penting aku langsung dah tak percayakan dia. Dapat duit elaun banyak beribu .. tapi duit aku x bayar. Aku bukan nak aibkan kawan aku tu. Cuma nak cakap yang aku memang tak puas hati sangat2. Rasa nak marah semua ada kat ko. 

Kalau korang semua kena tipu , ape perasaan korang ?

* aku pun manusia biasa. tau marah , sakit hati. sebolehnye aku nk elakkan marah bagai tapi kau memang dah melampau.

bawah ni aku serta sekali doa untuk diamalkan supaya kita semua boleh dijauhkan daripada sifat malas dan beban hutang. mudah - mudahan . amin . 

 "  Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)




No comments: