Thursday 26 January 2012

tak tahu nak cakap apa .

Assalamualaikum wbt .. 

Update semasa kaum adam sedang beramai-ramai menuju ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab yang telah terikat antara mereka dan Yang Maha Besar. Walaupun sedikit kesal ada juga yang tidak ke masjid bahkan melepak disebelah kedai aku (kat pondok adik beradik aku) Sangat memalukan bila yang mana rambut hampir merubah ke warna putih keseluruhannya .. Bila mana usia mereka yang hampir sama dengan ibu bapa kita. Nauzubillah jika ibu bapa kita bersikap demikian. 

Sebenarnya dah lama nak diceritakan hal-hal sebegini. Tapi tak tahu kemana dan dimana mahu diluahkan. Walaupun diri kita tak sempurna , kadang- kala lima waktu tak mencukupi dengan terlewat pula , tapi sebagai muslim semua tahu solat jumaat itu wajib ke atas setiap laki-laki yang waras dan sihat tubuh badan. Dan mereka mengapa?

Sedang jari jemari aku asyik leka menaip terus-terusan , hati berbicara sendiri . Berfikirlah secara positive. Tak baik macam ini. Bersangka baiklah kamu... Dan aku hanya seorang hamba yang ingin merungkai segala yang ada didepan mata. 

Mintak jauh ahli keluarga aku tergolong antara mereka - mereka ini. Dosa pahala kemana .  Cukuplah . Aku tak terbayang lagi dah.


Tuesday 10 January 2012

tunggu punya tunggu punya tunggu bulan x timbul2

Assalamualaikum wbt ...
Korang pernah tak ada perasaan yang nak marah sangat dengan seseorang ? Lepas tu bila orang tu dah tau korang ni memang marah sangat kat dia korang jadi kesian dengan keadaan diri dia. Bila difikir balik , korang tak patut marahkan dia. Tapi , bagus jugak untuk dia yang yang bukan semua orang bersikap baik macam kita. (yelah , sikap toleransi aku ni lebih sikit dari orang lain)

Yes , aku marah kan seorang hamba Allah iaitu kawan aku sendiri yang meminjam duit ak atas alasan nak bayar final exam. Insya-Allah dia cakap betul , aku percaya dia walaupun aku tasuka sikit ngn dia. Dan bila aku nak guna duit... aku punya call dia call punya call ... bulan tak timbul2. Apecer br0 ?? haaa ada la dalam seminggu lebih aku cari dia. Yang dia senyap seribu bahasa tah kemana..

Tiba2 satu petang dia kol aku nak setel kan hal ni. Apalagi lah bagi seorang yang sedang marah berapi-api .. bila dia menjelma je , aku cuba sedaya upaya tak nak dia tau yang aku memang marahkan dia. Tapi apakan daya sebab aku memang seorang baran jugak la bila barang pinjam tak dipulang balik. Tiba2 mcm so suwet bila dia cakap 1st time tgk aku marah2 marah neh. Haaa baru kau tau aku ni memang macam ni. Ko je tapena nak kenal abik buruk aku.

Dan dengan itu tersetel lah masalah aku yang boleh setel cepat tapi orang tu mia .. Tapi bila ak dengar cerita dia ak lak jadi kesian sangat dengan keadaan dia. Tp kena ingat ... kite ni susah jugak , so dia pun tabole la nak hidup atas kesusahan orang lain. 

cukuplah sampai sini. aku harap ak dan dia boleh jadi kawan baik. tapi ak tapenah nak harap impian tu jadi kenyataan. ok bye . aku x sehat. hidung sumbat,sakit kepala,skt tekak.ni tanda2 awl nak demam. 

selamat malam.


Monday 9 January 2012

telepon karat aku .

Assalamualaikum wbt ...
Setelah beberapa minggu selepas aku menukar shout-mix aku kepada c-box baru harini lah aku sempat perasan yang tak de sorang pon lagi manusia hamba Allah yang singgah menggunakan telepon karat aku tuh.. Hehe no wonder la tak de orang nak singgah dah nama pun telepon karat kan ?haha ape lah aku ni.

Yelah mane nak perasannye kan , bila aku on je notenook , aku tak sampai pun ke blog aku neh. Almaklum lah ak pun sebok jugak macam orang lain.Tah apa yang aku sibuk pon kan nya pon la kannnn ? 

Telepon karat aku tu da cantik da rasanya . Tak tau la kalau bagi orang lain tak menarik ke ape. Aku pun bukan pandai sangat nak touch-up mende alah ni. Bukan koje aku nak ngadap hal-hal ni berejam2 kesahnye .. Banyak lagi hal. Ni pun cukup habis cantik dah aku buat. ( Kat mata aku la ok )

Manalah semua pengunjung aku yang setia . (cewahhh ! mcm artis lak kn) Gurau je. Pape pun terima kasih sangat2 kat sape2 yang rajin mengunjungi laman sesawang aku yang tak berapa nak canggih mcm yang lain.

Cukup la sampai sini sebab aku dalam kelas ni. Tengok classmate present. Turn aku dah lepas. So harini jadi penonton setia dan komentar tegar jela kot. 

*kalau salah tlg btlkan. sy belajar lg . 

Saturday 7 January 2012

buat baik berpada-pada

assalamualaikum wbt ....

Kata pepatah , orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa . Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Tapi kita hanyalah manusia biasa yang sering alpa . Bila dikenang balik ayat buat baik berpada-pada tu , aku teringat seorang kawan yang pernah ku tolong semasa dia kesusahan. Masa tu dia nak final exam dan dipanggil pihak kolej sebab tak langsaikan lagi pembayaran untuk paper final dia. Okey dipendekkan cerita dia call aku then nak pinjam duit untuk bayar papaer dia. Kalau tak bayar jugak sebelum exam memang confirm2 dia kena bar dari final.

Sebagai seorang kawan , aku cuba penuhi juga walaupun jumlah yang dia pinjam tu bukan sekadar puluh ringgit. Aku rasa kalau mintak orang lain mintak maaf la jangan harap nak bagi pinjam. Even cousin aku sendiri cakap yang dia takkan bagi orang pinjam duit banyak sampai macam tu sekali. Aku percayakan dia sebab tu aku bagi dia guna duit aku dulu. Okey lepas tu senyap sebab dia sibuk ngan exam dan aku sibuk ngan praktikal.

Dalam sedar tak sedar , antara ingat dan tak , aku perasan dah setahun lebih dia pinjam duit aku tak pulang2kan balik. What is wrong with u babe ? Masa nak pinjam beria berjanji bagai bila nak pulang ? Apa kes kawan .. Aku pun nak guna duit. Actually aku harap aku masih boleh bersabar dgn sorang kawan ni. 

Bila call , tak angkat. Bila mesej tak berbalas. Masa pinjam manis mulut dari gula. From now on aku dah mula muak dengan perangai dia. Paling penting aku langsung dah tak percayakan dia. Dapat duit elaun banyak beribu .. tapi duit aku x bayar. Aku bukan nak aibkan kawan aku tu. Cuma nak cakap yang aku memang tak puas hati sangat2. Rasa nak marah semua ada kat ko. 

Kalau korang semua kena tipu , ape perasaan korang ?

* aku pun manusia biasa. tau marah , sakit hati. sebolehnye aku nk elakkan marah bagai tapi kau memang dah melampau.

bawah ni aku serta sekali doa untuk diamalkan supaya kita semua boleh dijauhkan daripada sifat malas dan beban hutang. mudah - mudahan . amin . 

 "  Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)




Friday 6 January 2012

Thursday 5 January 2012

lafaz yang tersimpan

Luluh hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih , zahirkan laku sedankan bibirku jauh dari lafaznya

dan raut tuamu , membekas jiwaku meredakan rindu , mendamaikan kalbu
tak mungkin ku temu , iras sentuhanmu biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu

betapa sukarnya menyusun bicara meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

masih ku biarkan waktu melarikan lafaz kasih ku padamu
mengapakah sukar menyusun bicara meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran

namun ku terlihat cinta yang merona
jika hanya renungan mata yang bersuara bukan atur kata.

tiada lagi ertinya pengucapan
andai akhir nafas dihujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan.

p/s :  Love your parents. We are so busy growing up, we often forget that they are also growing old ♥

sakit hati

 " kalam-Mu ya Allah , memujukku .. "




* hidup ni kalu agah sangat Allah v meta jah . jange nop agah sangat atah bumi Allah . 
 

Wednesday 4 January 2012

kobek slagi boleh - wajah baru .

salam semua ...

entri kali ni xpanjang mana, cuma nak menyatakan kepuasan hati setelah berbulan - bulan fikirkan dan berbulan jugaklah ak x dpt2 idea tuk header tuh lps tu da wt cbox baru .. fewwwitt !! hehe. Tadi , dengan tak sengaja menconteng - conteng di computer paint tak pasal jek idea datang .. dan tah ape la yang aku senang hati sangat tu kan ..

well ... say congrates to me lah kwn :)) hehe , oh sebenarnye ade banyak yang ak nak kongsikan ngn semua pe yg dah jadi kat ak dalam minggu ni. tapi rasanye tunggu hari minggu la baru karang . bukan ape , mata ni da kuyu sangat . esok mcm biase ade kelas. so sambung weekend k. 

corat coret hari : ak penat gila sampai rase mcm keja angkat kayu balak je.padahal g kelas je pon =__='

goodnite sayang .