Friday 29 June 2012

tolong fahami aku

Dah lama rasanya ak tak post entri . Kenapa dengan ak? Selain daripada ak sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar nursing tahun last , ak juga penat dengan mereka yang terlalu mengambil berat dengan hal semasa ak.

Bukan tak suka. Tapi biar la berpada. Memang fitrah manusia ingin berkasih dan di kasihi. Cuma ak lebih senang bersama keluarga, kongsikan segala suka duka dengan keluarga. Ye ak ada mereka. Kawan? entahlah.. kepada sesiapa yang anggap ak kawan, semoga persahabatan kita hingga ke syurga.

Perempuan .. semasa kecilnya di bawah tanggungjawab  kedua ibu bapa. Bila sampai masa tanggungjawab diberikan kepada suami. Siapa yang xnak ada keluarga sendiri?  Semua orang ada impian sendiri. Begitu juga ak. Cuma jangan lah disogakkan ak dengan soalan-soalan yang boleh membuat mood ak terhenti disitu. Dah ada bf? Bila nak kawen? tak elok kawen lambat .. Ye ak tau. Ak ade kisah yang menyakitkan hati tentang cinta..Maka kalian doakan sahaja ak bahagia dengan jodoh ak yg tak kunjung tiba .. Sebelum ke alam tu, ak banyak lagi cita-cita yang nak digapai.Kerja di tempat yang  boleh mendatangkan kepuasan untuk ak. Balas jasa mak ayah.untuk adik2 juga.. Dan buat masa sekarang ak memang tak memikirkan hal ni.Mungkin rakan-rakan yang lain bila berada ditahun terakhir sibuk prepare everything utk tunang dan kawen.Tp bukan ak.. Ak pinta tolong la faham ak.

Semua ni betul-betul menyesakkan.

#Mungkin ak sendiri yang tak cukup berani nak mula serius dengan sesiapa.Kerna itu, ak senang sendiri. Ak percaya dgn jodoh yg ditetapkan. HAri tu akan tiba jua

KBAI


No comments: