Wednesday, 28 December 2011

linux dalam kenangan

Salam dan selamat pagi semua . Emm , tajuk kat atas tu memang sangatlah sentimental untuk aku ni. Bukan ape lah , sebab kat " linux " tu banyak sangat kenangan dengan teman-teman seangkatan masa belajar dulu. Suka duka yang takkan aku lupa sampai bila-bila kerana mereka pernah hadir dalam hidup aku.Lagi2 bila 1 kelas berpakat masa tu hujung minggu x blh blk sbb kne ganti kelas lps tu dpt pengarah baru yg garang gila. tambah pulak sabtu tu jgk ade test en.hak lg .. Disebabkan kwn2 sekelas yg sangat2 baik hati cool gila .. atas bantuan kerjasama dari semua pihak dpt jgk ak blk kg ak. Thanx la semua, syg korg weh.. Hehe malu la nangis dlm kelas kan mse pengarah x bg ak blk. Biarpun mereka tah kemana , sibuk menjalani kehidupan sendiri. Walaupun tak selalu berhubung tapi sejujurnya , ak tetap ingat diorang =) selalu sangat aku jumpa diorang , tapi bila online fb la .. tegur tak jugak. Jarang la aku na bertegur dgn diorg sbb ak on pun lps tu tinggal.. Pape pun semoga semua berjaya dunia akhirat. Ak syg kwn2 ak .

Sebenarnya pagi ni aku tengah study sebab naik je cuti ni ari isnin tu terus ngadap test. Hah , nak ke tak nak pokok pangkalnye kena stdy jgk !! Bila jam menghampiri 12 tgh hari ak punye relax sampai nak update blog. hehe terpesong dr pembelajaran dahni. Bukan apa , tiba2 aku teringat zaman aku stdy kat ilpkls dulu , masa tu stdy xla gila bagai nak rak pulun macam sekarang. Lagi pulak course aku pun lepak je .. lepak pun susah kot ak nak paham kejadah semuanye tuh .. (al maklumla gov yg campak ak ke sana) Masa tu kalau masuk lab computer belajar dalam tu , memang tak da ape la .. lect ngajar kt depan ak yg duk bljar ngn member lain blh lagi online , main game .. mse tu mmg heaven gila pnye stdy * mengong btl la klo pk2 blk

Itu dululah ... tapi sekarang ni mane blh ak na buat cmtu lg. kalau la buat jgk alamatnye tah ke mana2 la p pelajaran ak. Dulu lain , sekarang lain. Akan datang bertambah2 la kelainan nye.. 

erkkk ye ak rindu diorg . kesengalan tahap dewa yg melampau . Kisahnye dengan ah coi yang lawak tak habis , tok wan yg asek kena buli , katik dan ujang dengan gelaran raja tido. ( haha tgh belajar blh lg depa tersengguk2 ampa taw.. kelakar noh ) ajie si poket doreamon. nabila yang selalu kena sakat dgn bdk kelas. syafiq mat jiwang. bejar si kanje kuwe. hafiz dgn hal die . mike yg susah bgn pagi asek telat jek. bella johor dgn fid asek bergosip je. wana si penolong kelas yg garang haissh .. din afro kanje si oscar , berkepit kehulu ke hilir same2 .. ida royani dgn sekiannye ... haiii .. rindunye saya dengan gelagat mereka semua. 

okelah , cukup cukup . habis sudah masa untuk mengedate blog ni. kapan2 ak sambung lg ya. huhu sayang seribu kali sayang gmbq kelas na upload xda dah ... kalau ada kn bgs ..  

belajar tu satu ibadah ^_^


Wednesday, 21 December 2011

janji Allah ...

surah An-nur ( 24 : 26 )

( Lazimnya ) perempuan - perempuan yang jahat adalah untuk lelaki - lelaki yang jahat , dan lelaki - lelaki yang jahat adalah untuk perempuan - perempuan yang jahat ; dan ( sebaliknya ) perempuan - perempuan yang baik adalah untuk lelaki - lelaki yang baik , dan lelaki - lelaki yang baik adalah untuk perempuan - perempuan yang baik. Mereka ( yang baik ) itu adalah bersih dari ( tuduhan buruk ) yang dikatakan oleh orang - orang ( yang jahat ) ; mereka ( yang baik ) itu akan beroleh pengampunan ( dari Allah ) dan pengurniaan pengampunan ( dari Allah ) dan pengurniaan yang mulia.

Aku beriman dengan ayat mu dari surah Ar-Rum : ayat 21 " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya , bahawa Ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri - isteri dari jenis kamu sendiri , supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya , dan dijadikanNya diantara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang - orang yang berfikir. "


jika namamu yang tertulis di Luth Mahfuz untuk diriku , Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita . Tugasku bukan mencari dirimu , tetapi mensolehahkan diriku . 
Wahai seseorang yang tertulis di Luth Mahfuz ku , 
Yang akan menjadi imam dalam solatku dan ayah kepada anakku ,
Engkau yang akan beriringan denganku ke syurga , 
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu , 
Memantapkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu , 
Buah hatimu kelak .. J

*thanx to my saudara sofia jane . semoga berjaya dirantauan 

Friday, 9 December 2011

hari - hari yg berlalu meninggalkan aku

selamat pagi semua kawan-kawan .. Seperti biasa aku bangun awal pagi setiap hari. Dan hari ini adalah hari sabtu tanggal 10/12/2011 yang juga tak lama lagi akan memasuki tahun baru dan aku pulak akan mengakhiri umurku pada tahun ini iaitu 22 tahun .. Dan aku macam tapercaya yang ak dah berumur 23 untuk tahun hadapan. Yakkk !! Jangan nak buat perangai macam budak-budak lagi plisss =______=" *umur tu hanya nombor je kan ? so ak akan berada dilandasan matang dan tak dengan betul ( pape tah merepek )

Selepas solat subuh , sapu bilik , kemas ape yang patut , aku baring semula di katil . Termenung punya termenung , baru aku sedar dah 22 tahun aku hidup selama ini . Bangun pagi tanpa dikejutkan oleh ibu bapa untuk solat subuh . Setiap apa yang dilakukan perlu fikir baik buruk sendiri . Dan paling ta. terjangka , YES ! yang selama ini aku dah mula belajar berdikari. ( yang sebenarnye aku amat rindukan masa lalu - berkumpul dirumah ramai2 - family besar ade - semua ta sibuk mcm sekarang - habiskan masa same2 ) Mimpi hanya tinggal mimpi lah sebab makin kita besar makin banyak komitmen yang perlu kita hadap .

So , life sekarang macam ni jugaklah . Setahun lagi aku habis belajar. Mesti rindukan suasana sini jugak nanti. Kawan-kawan kolej , dan akan kah aku jejak kan kaki ke sini lagi ? *persoalannya.

Social life ? emmm kt sini ( kelantan ) ak jarang na kuar jalan2 mana2 tak teruja sangat macam bila aku kat tempat lain. Sebabnya 1)ak xde transport 2)tmpt best2 pon kt mne je kt sini 3)xde kwn yg sekepala blh g jln2 mcm mse ak duk kl ( g tu every weekend ak lanyak berjalan) cukup lah tiga alasan tu.

Walau dimana pun ak tercampak , aku berdoa , moga , setiap apa yang aku lalui ,juga pengalaman yang bakal mendatang , akan lebih manis , akan lebih mendekatkan diriku padaNya.. amin..

cinta .. ?? ada apa dengan cinta ? 
ok aku takde bf . single poeber =)
kenapa ?
kerana kisah silam .

#kalamMu ya Allah ,  memujukku .. " siapalah aku tanpaNya.

BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN


macam biasa bila mana segmen abgben paling hot muncul 
nak join ? as usually , sila buat 1 entri khas untuk segmen neh 


oke , at the 1st  , ak baru terperasan abgben ade buat segmen baru buat masa ni .. Jadinya , tanpa membuang masa , terus la jari jemariku ni menari bagai ballet menaip segala yang perlu ditaip dan terlintas dikepala .. Baiklah seperti yang diminta oleh soalan abg ben , kenapa blog anda lain dari yang lain ? Ade seribu satu sebab mengapa lain dari yang lain .. tapi abgben nak dalam seratus patah perkataan je kan ..

Yes , seperti yang kalian semua ketahui .. ramai lagi para blogger yang mahir dalam meng-kreatifkan blog mereka sehingga ramai yang tertarik . Blog aku ? Aku bukan gile glamour , bukan artis , bukan siapa2 yang mengikut rentak orang lain untuk memenuhi kotak kenalan atau kotak follow. Aku hanya seorang manusia / gadis yang enjoy dalam setiap apa yang berlaku disekeliling , yang ditempuhi hari demi hari .. Belajar bagaimana menerima kehadiran sesuatu dan bagaimana melepaskan sesuatu yang disayangi .. 

Istimenya kah blog ku ?? Ouhhh bagi diri aku sendiri mestilah ianya istimewa . Aku bukanlah seorang yang obses untuk membuatkan blog aku seperti yang lain ( ade jgk jmpe blog hnye utk gosip dan lain2 kan ? ) tapi blog aku hanya untuk apa yang telah aku lalui , dan sebanyak yang mungkin aku jugak akan berkongsi serba sedikit tentang ilmu yang aku dapat. Sharing is loving right ? tapi boleh jadik sharing is scaring !! hehe

Dan dengan berblog jugak tanpa kita sedar , boleh la menaikkan tahap pengarangan kita kan .. ( yelah , dulu kat sekolah je buat karangan bahasa melayu . skrg dh bis sekola mne de dh ) Maklumat sekarang dihujung jari je .. terpulang pada individu bagaimana dia mengatasi arus kemodenan ini .. Korang rase ade x sampai seratus dah aku mengarang ni ? Pape pun salam kenalan kepada semua yang singgah disini ... Kalau salah , saya belajar lagi. 

Sekian , terima kasih dan selamat join segmen ni k. eh ! jgn lupa , sebelum jam 11 ni tarikh tutup =)

Thursday, 8 December 2011

" ... RABBI ... "

Fatimah berterus terang kepada Ali :

" Wahai Ali , sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini , ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku .. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku .. " Kata Fatimah .

"Kalau begitu , engkau menyesal menikahi aku ? Tanya Ali .

" TIDAK , KERANA PEMUDA ITU ADALAH ENGKAU .. " Jawab Fatimah .






Tuesday, 6 December 2011

kebiasaan di kl tapi 1st time di kb

salam sejahtera untuk semua pembaca ^_____^ Harini ak cuti selepas semalam (ari isnin dan selasa) menghadap final exam..Result sem lps da amik.keputusannya pointer ak baik.sangat menggembirakan.yaww !! tq Allah. Maka , dengan itu , *tibatiba* ak melepak lah dihotel tempat mak ku kursus..Pagi2 lgi jam 9 ak dah bersiap untuk meneroka hariku selama 3 jam dengan berjalan kaki di kota bharu kelantan neh! what the suprise sebab selama 2 tahun ak disini tapenah2 dibuatnye.. *NI HABIT AK KALO AK BALIK KL JE * Kalau di KL , ak jalan2 hanya berbekalkan beg sandang dan sebotol air kosong je. Tadi pulak ak berbekalkan perut kosong (kelaparan tanpa breakfast) , beg (yg ada lppy dan wallet ) Comel je beg sekolah pink member ak tu. Ak memang kaki rayap,tapi di kb ni tapena dibuat lagik.


           Transport ?? haaa yang ni ta bape nak penting lah sebab ak dah biase jalan kaki. So , harini ak berjalan kaki je.Nasib baik cuaca sangat lah memuaskan hati. Semuanye berjalan dengan lancar.


lorong - lorong penting pergi dan balik

 Selepas melalui lorong-lorong penting , sampai lah daku ke satu tempat yang memang menjadi kebiasaan ak berkunjung kesana. Ni semua kes " jalan tanpa arah mengikut rentak kaki ku " . Dan akhirnya sampai ke sini ! sape boleh teka area kota bharu tapi dimana ya tempat nya ?? teka cepat .. !

sapa taw ni kt mana ?? umah member ak disini ja dong 

Fuhhh .. jauh berjalan luas pemandangan .. Bak kata pepatah. Kata aku pulak , jauh berjalan kaki , lagi kehausan ak dibuatnya. Hehe biasa lah tu bila jauh berjalan kehausan jadinya . Setelah penat berkeliaran seorang diri di bandar Kota Bharu ni , ak pon ke sebuah kedai yang ak sendiri pun tak tau nak jelaskan dimana lokasinya ke korang semua. *abaikan jela * 


Balik dari jalan-jalan sampai je room ta kemas lagi lorhhh .. aisehh housekeeping ni .. tapi x pe tak lama lepas tu diorang sampai siap menjalankan tugasnya. Setel semua.. 

Sebenarnya ak nak jalan2 tak da teman pun tak kisah . Tak ape , ak ok je.. Tapi kalau ade yang ditemani lagi seronok .Ye !! kawan .. tentulah meriah kan kalau ramai-ramai. Bila jalan sorang2 pastikan keselamatan diri sendiri terjamin ye kawan2.. Pencopek berada dimana. AWAS . 

# masa setengah jam diperuntukkan untuk berblog-ing suda habis. sekian wassalam , jumpa di entri lain pula ya kawan2. *sy da makan. kekenyangan =) eh dah zohor ! jom selesaikan apa yang wajib dulu.


cikyana@sutrain/kb/116