Monday, 30 June 2014

doa abu bakar Ash - Shiddiq


Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
[Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka]
" doa Abu Bakar Ash-Shiddiq "

Saturday, 21 June 2014

Roh yang kembali di bulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.
Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.
Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan…

wallahua'lam.

sumber :https://www.facebook.com/ustaznasir

Wednesday, 18 June 2014

Ramli Sarip ft Shima : Kita Insan Biasa

MOVE ON.

it's just a chapter in THE PAST.

but don't close the book.

JUST TURN THE PAGE.   










Monday, 16 June 2014

Cornetto Cupidity, Kismet Diner (Film)

wonder : kenapa masa dulu sekolah MGS tak pernah terpikir pun nak buat macam ni?

seriously , kalau si budak2 khas nampak kami buat macam ni mesti diorang sense appreciated gitu ..


oklah korang enjoy dulu lepas tu baru boleh komen.














Tuesday, 10 June 2014

aku punye lupa..

assalamualaikum...

               hai semua ! terasa kekok sikit nak menaip pikir ayat bunga bagai dekat blog. dah lama tak update kan? biasa lah.. nak dijadikan cerita, tiba-tiba teringin nak update blog harini. dengan kalutnya aku paksa jugak otak ni pikir emel dengan pasword blog aku ni. haha agak sejam jugak la baru boleh jumpa khazanah terpinggir dalam otak ni.

              lagipun dah berserabut gila alam ape tah dekat sini. kalau jual beli tanah ni, confirm orang cabut dulu. silap haribulan ternak vampires.haha. ade banyak nak cerita ni, tapi hari pun dah malam, sambung esok jela gayanye. ni pun saje testing balik je pun.

           so kita sambung cerita ceritun esok ye nox. tak payah nak havoc bagai la sebab ni ruang suka sukan je. kita disini nak menghilang rasa itu. "rasa" apa? sendiri cari. zassssss~

selamat malam dunia :)




Monday, 6 August 2012

Sesungguhnya aku rindu

Ramadhan tahun ni memaksa aku untuk belajar bersabar dan menerima semua yang berlaku dengan hati yang redho'. Seumur hidup, inilah pertama kali dan mungkin akan menjadi rutin pada masa akan datang bila mana diawal ramadhan aku tak berkesempatan untuk menyambut puasa, dan bersama keluarga tersayang pergi menunaikan terawih. Aku rasa seperti banyak yang sering aku lakukan dibulan yang mulia ini pada tahun sebelum2 ini tak tertunai,tak terlaksana pada ramadhan ini.. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Sesungguhnya aku amat merindui ramadhan,bulan yang penuh kemuliaan. Jangan pernah jauhkan aku dari sisiMu ya Allah.